Monday, November 26, 2012

Tuhan yang menentukan segalanya


Ya sesungguhnya diri ini tak menjangka ...namum aku pasti Dia mendengar segala doa & rintihan hati kami. Alhamdulliah betapa syukur nikmat dan rezki yang Tuhan beri kepada kami. Pada usia sebegini, dia mengizinkan kami sekali lagi ke rumahnya. Dan kali ini kami menyempurnkan ibadah wajib kami yng ke-5.."Allah Huakhbar sesunggunnya aku di kalangan orang-orang yang zalim dan aku memohon petunjuk dan hidayah daripadaMu agar kau permudahkan perjalanan kami ke rumah Mu, Ya Allah"




Pemergian kami agak short notice. Pada 19/10 pihak gemilang telah memaklumkan kpd kami berjaya menunaikan haji tahun ini dan kami agak tergesa-gesa berlepas pada 23/10 jam 6 ptg yang merupakan penerbangan terakhir dari Malaysia dan juga penerbangan terakhir yg akan mendarat di lapangan Jeddah juga. Pemergian kami hanya di iringi oleh anak2 , bapa mertua dan semestinya my only brother yang selalu  hantar kemana-mana jua daku pergi Thank you abg. Lang.


ngokla derang ni  macam happy jer ..i mis the youngest very much!

Berkat doa dari mak especially dan keluarga serta sahabat andai kami selamat tiba di Jeddah pada pukul 1pagi. Namun aku masih terus berdoa agar segala2 di permudahkan kerna keadaan di Mecca saat itu agak kelam kabut kerna hari wukuf di Arafah sudah hampir.

Kejutan demi kejutan sentiasa kami hadapi ... namun kami redha ujian tuhan dan kami yakin tuhan akan bantu kami sekiranya kami terus bersabar. Alhamdulillah secara keseluruhan ibadah haji ni dapat kami lakukan dalam keadaan hati kami yang tenang dan mampu serta berkuasa untuk melakukannye yang terbaik "sesungguhnya kami memohon Ya Allah jadikan haji kami haji yang mambrur, saei kami saei yang di redhoi oleh-Mu" Mungkin ada cacat celanya tapi itu semuanya adalah datang dari kami yang hina ini dan kami memohon keampunan dari-NYA.